Posts Tagged ‘life’

3 x 4 + 3 x 4

getting old..
3 yg pertama aku habiskan mostly dgn menjadi bayi yang buas..jahitan tu dah macam plaster kt jari je..
3 yg kedua aku habiskan dgn merosakkan segala2 harta kepunyaan orang keliling aku..
3 yg ketiga aku habiskan dgn membuat masalah disekolah menjadi wierdo…
3 yg keempat aku habiskan dgn menyebabkan abah aku kerap dtg jumpa cikgu kt skolah bincang mengenai diriku..

3 yg kelima aku habiskan dgn mengenali erti sebenar ‘kawan’ dan ‘lawan’, apa itu manusia, apakah erti sebenar manusia bertopeng
3 yg keenam aku lebih mengenali dunia, aku menjadi lebih aggresif, lebih protestant thadap manusia2 bertopeng, dan mulai cuba mengurangkan kekerapan cikgu memanggil ayahku ke sekolah..aku mulai tahu apa itu wanita, mulai kenal erti sebenar ’sayang’.
3 yg ketujuh, aku mulai tahu bagaimana menjaga hati manusia, apa itu biadap, mulai rasa diriku terlalu jauh ketinggalan, sesal, mulai memperbaiki diri dgn harapan masih belum terlambat…
3 yg kelapan, aku mula memperbaiki diri dgn mendadak, dgn harapan aku belum menjadi buluh..dgn harapan diriku masih rebung..di sela 3 tahun ini lah, pelbagai kecacatan diri mulai aku baiki, pelbagai ragam manusia telah kubacai, kuselidiki, pelbagai rancangan masa depan telah ku rancangi, dan sela masa inilah, aku mulai mengerti apa erti ketenangan hakiki, aku mulai mengerti aku boleh pergi bila2 DIA kehendaki, sela masa terbaik bagi diriku….

harapanku, agar 3 yg kesembilan, diriku lebih baik, lebih baik dari 24 yg telah lepas, agar aku boleh menjadi hamba, anak, suami, bakal ayah yg berbakti, yg lebih baik dari hari2 semalam…

RSSSubscribe to my feed now.

About Me

vontdeux.comI was born on 22th October in nothern Malaysia. When I was 18 years old I came to the Kuala Lumpur(capital of Malaysia), where I received an excellent education thanks to the wonderful teachers and professors I had in University Putra Malaysia. At times I fill my desk with ... more