masih panas barankah aku?

to answer myself this question..lately i put myself in most difficult time
and try to be at highest pressure as possible..
anger is the thing i must defeat and must not surrender and let it control me.
i may have passed few challenges, yet thousands may to come..

sbg contoh..
dulu..si X(kita namakan saja si x,supaya tiada orang terasa dirinya dipanggil)
dulu si X meminta2 itu dan ini..jika permintaan tidak dipenuhi, maka merajuk la si X membawa diri..akan kumarahi si X kerana si X tidak memahami kedudukan kewanganku.
“You tak reti bahasa ke?I xde duit la bodoh!!” (ketika ini..si X bakal mengalirkan airmata, tp sedikit pon tidak ku endahkan)
barankan aku..?
kini..situasi sama berlaku..aku biarkan diriku seketika mengomel seketika..
dan cuba memujuknya..dan pikirkan cara bagaimana utk aku memuaskan permintaannya seolah2 dirinya sebahagian dari diriku.(walaupun kini orangnya bukan lagi si X, walaupun sebenarnya si X lebih layak utk kulayani seperti ini)

dulu si Y, jarang skali meminta, tetapi amatlah degil orangnya..sukar sekali menurut kata.akan kumarahi sehingga si Y terpaksa menurutnya.
“orang ckp buat tu buat je lah..nape sengal sangat?”
barankan aku?
kini..situasi sama berlaku, akan ku biarkan dia sendirian dan menegurnya sesekali
“jgn la..karang kene kang..sape susah? akuuu jugak” (sambil tersenyum, walaupun si Y bukan lagi orang yang kulayani seperti ini, ingin sekali aku putarkan masa kembali utk melayaninya bak puteri)

dulu si X,selalu menyatakan rasa tidak puas ati terhadap rakannya dan meluahkan kepadaku.
berdasarkan sikap penting diri yang wujud sejak kerapkali rakan2 mengback-stab aku secara ganaz,aku akan teros memarahinya
“yang pegi cite kat I tu pehal? ckp aa kat diorg? You igt I ni kaunselor?”
barankan aku?
kini..situasi sama berlaku,”oo ye ke..sabar la ekh..maybe ada hikmahnye..” sambil memujuknya supaya tabahkan diri dgn ujian.

dulu si A,B dan C, kerap menekanku dgn kata2 yg tidak sedap kudengari.akan aku bangun dari tempat dudukku dan membaling kerusi ku kearah mereka dan keluar dari bilik utk mencari ape yg aku panggil ketika itu “ketenangan” (padahal xtenang pon)
barankan aku?
kini situasi sama berlaku, aku hanya tersenyum sambil berkata dalam hati..
“gasakla korang..korang dapat dosa kat sini, nanti kat akhirat..aku mintak pahala korang lagi hehehe” sambil tersenyum sinis
ATAU
kukembalikan paku buah keras sesekali jika kuarasakan perlu utk menyedarkan mereka..bahawa bukan mereka sahaja punya mulut..aku juga ada menerima pemberian dari ilahi itu.

dulu kerapkali kudengari rakan(lebih tepat, kenalan) berkumpul dan mengumpat ku diblkgku sedangkan mereka tidak perasan aku ada berhampiran atau hanya pura2 tidur.
akan terus saja aku menempelak mereka.
barankan aku?
kini situasi sama berlaku, aku biarkan saja..nantilah kamu di akhirat..akan kutuntut semua hak-hak ku. thik hik hik…

segalanya bermula dengan hatiku terdetik utk membaca terjemahan ayat2 dalam kalam suci Allah setelah aku melihat drama tentang keinsafan menerangkan secara terperinci ayat dalam surah dhuha. mengalir air mata aku bila ku kenangkan dosa2 silamku..terasa bagai dihempap beban yang teramat besar di belakangku.
sesungguhnya islam berjaya mendidikku utk menjadi seorang yang lebih cekal dan tahan dalam mengharungi kehidupan ini.
hanya satu ku pinta darimu ilahi, kekalkan la diri ini agar terus sedar bertapa aku didalam kerugian suatu ketika dahulu.

Comments

  1. macam ku penah dgr ayat sebegini!!??


    agHoo
    November 7th, 2008

Leave a Reply

RSSSubscribe to my feed now.

About Me

vontdeux.comI was born on 22th October in nothern Malaysia. When I was 18 years old I came to the Kuala Lumpur(capital of Malaysia), where I received an excellent education thanks to the wonderful teachers and professors I had in University Putra Malaysia. At times I fill my desk with ... more